Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk membina pengertian yang kukuh tentang usaha dakwah dan berusaha memastikan kesinambungan gerakan dakwah apabila kembali ke tanah air. Pelbagai aktiviti kerohanian disusun dalam program ini untuk  membina jati diri dan mengukuhkan  rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang, melengkapi pembangunan intelek yang mampan. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan memberi pendekatan berkaitan kemahiran sosial dan kepimpinan yang perlu ada dalam seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan emosi dan mental setiap peserta agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.

No comments yet.

Leave a Reply