Maklumat Program

Lokasi:

NUR BUKIT UNGGUL 
Training Camp & Eco Resort
(Perkampungan Latihan dan Rekreasi)
Lot 8233, Jenderam Hulu, Bukit Unggul
43800 Sepang, Selangor

Tel : 03 8768 9808 / 03 7728 6095
Fax : 03 8768 9808 / 03 7727 8739
H/p: 019-275 5071 (Che Nu), 013-3883966 (Faizal)
Email : nbu@pangsun.com / faizalmhm@ymail.com
Website : http://www.pangsun.com/unggul/unggul.html

Stesen  Komuter KTM terdekat: Bangi dan UKM

Tarikh: 28 & 29 Ogos 2010

Penceramah jemputan: Lim Jooi Soon (PERKIM) & Ust. Amin

Yuran: Program-RM10 sehari seorang | Paintball(opsyen)-RM50 seorang

Tarikh Tutup Pendaftaran: Pukul 12 tengah malam 26hb Ogos 2010.

Cadangan Perjalanan

A) Dari KLIA (1 kali transit):
1. Naik KLIA Transit (ERL=Express Rail Link) sehingga ke Bandar Tasik Selatan. Mengambil kos RM26.50, dan masa perjalanan adalah 24 minit.
2. Di Bandar Tasik Selatan, transit ke KTM Komuter menghala ke Seremban dan turun di Stesen UKM. Mengambil kos RM3.30, dan masa perjalanan adalah 37 minit.

B) Dari LCCT(Low Cost Carrier Terminal)(1 kali transit):

1. Dari LCTT, ambil bas Airport Liner ke Nilai dengan bayaran sebanyak RM2.20. Sila rujuk link berikut:

http://www5.airasia.com/site/my/bm/destinationCity.jsp?id=&reference=KUL&property=dynAirport&nav=

2. Di Nilai, transit ke KTM Komuter menghala ke Rawang dan turun di Stesen UKM. Mengambil kos RM2.10, dan masa perjalanan adalah 19 minit.

C) Dari Terminal Bas Puduraya (1 kali transit). Stesen terdekat adalah Stesen Plaza Rakyat dan Stesen Masjid Jamek (Star LRT)

1. Naik Star LRT dari Stesen Plaza Rakyat menghala ke Sri Petaling dan turun di Stesen Bandar Tasik Selatan.
2. Dari Stesen Bandar Tasik Selatan, transit ke KTM Komuter menghala ke Seremban dan turun di Stesen UKM. Mengambil kos RM3.30, dan masa perjalanan adalah 37 minit.

D) Sekiranya Puduraya masih dalam keadaan dibaik pulih, terminal sementaranya terletak di Padang Letak Kereta F, Bukit Jalil.(1 kali transit)

1. Stesen yang berdekatan adalah Stesen Bukit Jalil (Star LRT).Teksi diperlukan untuk ke stesen. Sila rujuk link berikut:http://www.mycen.com.my/directions/terminal_bas_ekspres_sementara_bukit_jalil.html.Dari Stesen Bukit Jalil ambil STAR LRT dan berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan.

2. Dari Stesen Bandar Tasik Selatan, transit ke KTM Komuter menghala ke Seremban dan turun di Stesen UKM. Mengambil kos RM3.30, dan masa perjalanan adalah 37 minit.

E) Dari Stesen Bas Putra berhadapan PWTC(tiada transit):
1. Di Stesen KTM Komuter Putra, ambil KTM Komuter menghala ke Seremban dan turun di Stesen UKM. Mengambil kos RM3.80, dan masa perjalanan adalah 1 jam 28 minit.

Thanks to KILAT10

No comments yet.

Leave a Reply