Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) dianggotai oleh pelajar-pelajar Malaysia dari seluruh pelusok Jepun dan mempunyai lebih daripada 40 orang ahli jawatankuasa rasmi. Program Jalinan Mesra ini adalah salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh IPIJ yang akan dihadiri oleh alumni-alumni IPIJ dari seluruh pelusok Malaysia. Penyertaan program ini dibuka kepada umum. Pada tahun ini, 2011, Program ini akan diadakan dengan izin Allah selepas Raya Aidil Fitri iaitu pada 10 dan 11hb September 2011.
Program ini dilaksanakan selaras dengan kehendak majlis tertinggi IPIJ yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam pelbagai bidang. Ahli-ahli IPIJ disarankan menyertai program ini untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka dalam kehidupan kelak.
MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk membina pengertian yang kukuh tentang usaha dakwah dan berusaha memastikan kesinambungan gerakan dakwah apabila kembali ke tanah air. Pelbagai aktiviti kerohanian disusun dalam program ini untuk membina jati diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang, melengkapi pembangunan intelek yang mampan. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan memberi pendekatan berkaitan kemahiran sosial dan kepimpinan yang perlu ada dalam seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan emosi dan mental setiap peserta agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
OBJEKTIF- Memberi peluang kepada peserta meneroka konsep dan ilmu pengetahuan arena dakwah dan syariah.
- Membentuk peserta yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
- Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
- Meningkatkan keberanian dan tawaduk semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
- Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
- Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.